Aku hanya insan biasa, yg mana sering dlm keadaan lemah dan alpa..namun dia selama aku berada d sekolah yg pd mulanya amat ku benci, telah meniupkan semangat dan harapan, utk ku terus mengatur langkah dan membina cita-cita, dan utk ku teruskan langkahku dengan segala kekuatan dan ketabahan, ku teruskan lagi dengan larian yg membawa jiwa yg berkobar, menjadikan sekolah ini, sekolah yg ku cintai..
ya..dia adalah sahabat yg pada mulanya menjadi musuhku, pesaingku, serta org yg tidak henti-henti ku cemuh. namun segalanya berubah, dengan takdirNya, dia yg ku kenal selama ini, bukanlah dia yg sebenar,,dia adalah org yg berhati mulia, cantik budi pekerti serta bijak menjaga hati orang lain. aku mula tertarik dengannya, aku tertarik utk mengenal dirinya dgn lebih dekat,,siapakah dia yg sebenar??
segalanya bermula pada awal tingkatan 3, 2006..aku mengatur strategi utk menjatuhkan dia, aku bertekad untuk memalukan dia, kerana aku punya semua, kawan-kawan, kepercayaan serta hati yg d anggap baik oleh orang..namun aku tidak mengerti kenapa aku harus "jelous" pd si dia yg hanya ada sekelompok kawan, dan kenalan tidaklah ramai, aku x mengerti,, kenapa dia?? nyata Allah itu maha kuasa, kita merancang, ttp Dia jua merancang dan terletak bagiNya kekuasaan merancang.. rancangan ku musnah, maksudku berjaya, ttp bukan dalam rangka utk menjatuhkan dia, tetapi segalanya telah mengubah hatiku yg penuh dengan dendam, menjadi lembut bak kapas kering, aku terpikat dengan akhlaknya, keperibadiannya, lawaknya yg sehingga kini masih ku ingati..dia yg sepatutnya menjadi musuhku, menjadi sahabat dunia akhiratku..
keputusan PMR tlh d umumkan, spt yg d sangka, dia menjadi salah seorang pelajar yg cemerlang, dengan keputusan 9A, ttp yg peliknya, dia juga merupakan salah seorang pelajar cemerlang yg xmahu pindah ke sekolah yg lebih bagus dari segi kelengkapan dan fasilitiny.."kenape kau xnak pindah?"soalku, "aku xnk tgk kau nanges, cukuplah kau nanges bile ummi kau xdtg tgk kat asrama." sumpah aku sayang dia, dia benar-benar memahami isi hatiku..dia juga mengajarku erti persahabatan, bagaimana kita harus menjadi org yg boleh d harap, dan juga mengubah peribadiku secara total..
aku menjadi "orang" sepanjang aku bersamanya, sikapku serta keperibadianku semuanya berubah, terima kasih sahabat..kami bagaikan org yg x boleh d pisahkan, gurau senda, sedih dan pilu, semuanya d kongsi bersama..pernah aku ungkapkan pada dia, "aku nak jd cermin kau la, kau boleh tgk salah kau, itulah gunanya sahabat..",ttp jwbnya ringkas, "xpayah..",aku tersentak dan d selubungi pilu, xkan sahabat aku ckp mcm ni,,"kau jadi sebahagian diri aku nak??kalau cermin, selalu menipu, kita angkat tangan kanan, dia angkat tgn kiri, aku xnak la kau tipu dgn aku..",,sumpah aku makin sayang dia..dia terus menjadi pelajar cemerlang utk SMA, dgn mendapat Mumtaz, sedang aku hy jayyid jiddan iaitu pgkat 2 saja..ttp aku gembira sbb dia berjaya,,aku akan berusaha pd masa akan dtg..
2008 telah datang, pd minggu pertama sekolah aku amat pilu, dia berty kepada ku,"peq,nape sedih je aku tgk??",,"xde pape la, ak cume terfikir, nnt bile da habis SPM nnt, susahlah kite nk jumpe, xpun da x jumpe langsung.",,dia terus jawab,"kalu kau ade masalah, call aku, aku akn dtg..kite kan team, aku superman n kau batman.."..betul,dia superman dlm hidup aku..dia superman merangkap sahabat karibku..aku rindu dia..kami lalui liku-liku bersama sepanjang 3tahun menjadi sahabat karib walaupun 2 tahun pernah menjadi musuh..aku sayang dia..
keputusan SPM da keluar, kali ni aku betul-betul gembira, sebab aku dgn dia sama..tapi dia membawa haluannya dan aku dengan haluanku..membawa diri ke alam IPT..tp dia berpegang pada janji, seringkali meng,,hubungiku, bincang tentang keadaan n pelajaran masing-masing..dan janji yg terukir adalah,,"nnt kite buat at least smpai habis degree, n kite kerje sama-sama tau, aku jadi bos, kau jadi bos jugak, tp no. 2 la",ucapku..dan dia berjanji padaku..itu merupakan janji yg membakar semangatku utk terus belajar dlm bidang 'engineering' ni..aku akan jadi bos utk kite kerja sama wahai sahabat..
suatu malam, aku xmampu utk melelapkan mata, tiba2 aku mendapat berita yg dia sudah tiada.."apeq,kau dah dengar berite ni x??syuk. . .syuk dah xde..",,aku tersentak,berita ini menggugat keimananku, lantasku mengherdik si pembawa berita, mana mungkin sahabatku yg telah berjanji utk hidup bekerja bersama dan menjadi sahabat setia hingga akhirat pergi tanpa ucapan selamat tggal..aku x percaya,,sehingga hampir 5 org yg telah berusaha mengesahkan berita tersebut dan memujukku utk percaya,,aku lemah dan pasrah menerima takdirNya..ya Allah,,berat sungguh ujianMu ini..aku sempat mengkafankan jenazah arwah, solat utk terakhir kalinya,,aku masih tidak percaya,,ingin sekali aku mengejutkan dia dari tidurnya.."syuk,,bangun syuk,,aku datang ni,,xkan kau sanggup tinggalkan aku..aku kan sahabat kau,,kau lupe janji kite ke??",,sebak dalam hati x pernah padam..smg dia aman d sana..
dia lah sahabatku, yg Allah pinjamkan utk sementara waktu..sumpah aku sayang kau syuk, cuma aku terkilan sebab x pernah nak ucap kat kau, yg aku sayangkan kau, kaulah sahabatku dunia akhirat..aku janji, aku akn jge adik-adik yg kau syg,aku akan selalu jenguk ummi n ayah yg kau sanjung, n aku akn hormat abg yg kau hormati..aku janji syuk..kite jumpa d akhirat nanti,,insya-Allah..
al-fatihah utk allahyarham Muhammad Syukri B. Ali~