Saturday, 31 December 2011

Final SUDAH!!

Salam Malaysia..
da lame sy x update blog ni, bukan takat bersawang, da tebal debu2 kat dinding blog ni..hahaha.. bukan nak cakap ape, just nak bagitau yg UIAM sdg berada dalam zaman perang saudara, yg mane setiap org sibuk dgn hal masing2, busy dgn subjek masing2, n sibuk dgn topik masing2 yg belum cover lg..

n mase ni la kawan yg betul2 kawan  (true friend), yg akan concern  dgn kite. subjek ape y kite xpaham, dy akan tlong n if carrymark kite rendah, dy yg akan tenangkan n menghidupkan harapan tok terus strugle sampai final.
n title utk kali ini adalah "Teman Seperjuangan di Medan Pertempuran". kenape sy pilih or create tajuk yg extravaganza ni? sbb sy ckup terharu dgn kawan2 sy, sanggop berkongsi suka-duka, sanggop bg tunjok ajar even diorang ade bende lain yg nak study, lg terharu, bile diorang sbnrny happy sbb carrymark tggi, tp bile sy py rendah, diorang pun same2 sedih n bg semangat..nak nanges kot.

org pertame yg bg kekuatan, da tentunya Ummi&ayah, family n kaum kerabat. tp sy nak crite kawan2 yg sy baru kenal x sampai 2 tahun pun n kenal pun xde la mendalam sgt, sy cukup bertuah dapat kwn2 mcm diorang ni.
org 1st semestiny my bro Izzuddin Ismail yg slalu tlg sy..hehehehe. arigato gozaimaz judin-kun. n org2 bijak pandai Engine iaitu Bian & RN. trimas sbb byk bg tunjok ajar. hahahaha

n secondly tok roomate2 sy, hanif,akashah & nik. mmg terbaikla korang. stdy same2, bile da fade up same2 stop n lyn movie..hahahaha..bile tension je, beli brg2 tok masak n masak tok jamuan. (jamuan apa pun xtau..)
n thanks gak tok korang semue sbb wujudkan suasane persaingan dlm stdy ni..hehehe


n kpd semua yg mengenali diri, yg slalu bg kekuatan, kwn2 SAMERIAN yg mmg x boleh dinafikan lg bhw diorang la kwn yg terbaik. doakan sy berjaya n saya slalu doakan anda semua berjaya. Hwaiting!!!

eh, terlupe plak, utk the "sin pi/2" (special one) yg slalu bg kekuatan n ayat2 yg menaikkan smangat, kamsamnida uri noona..hehehe

n kepada semua, semga berjumpa lg sem depan. . .



this is my bro,Izzudin.smangat nk p stdy nih.. =.='



RN & Bian yg keletihan sbb study..^^





 Hanif a.k.a goo jun pyo-to-be..




ni pulak akshah a.k.a Chamakh..power calculus ni bhai. . .^^



nik yg slalu senyum..^^,



n untuk semua sahabat2 yg bisa menghadapi imtihan..nah. . .



k, smg ukhwah kami n kite semua berkekalan selamanya untill jannah. . .^^
salam n peace. . .

Saturday, 22 October 2011

Exam dah dekat??

dok pulon stdy ni.

assalam semue..sorry saye da lame x update blog ni.. da penuh dgn spider-web da. hahaha. kali ni saye nk cakap pasai exam mid-term kat tempat saye mengaji. xde la gempak mane, UIAM saje. hahaha. kamu semue mesti x penah dengar kan, betape x terkenalnye beliau.

sedar x sedar, kitorang dapat tau yg exam mid-term minggu depan brader and sister yg d rahmati Allah sekalian.. pejam celik je, kejap bangat. bukan ape, nak cakap yg saye ni, banyak bende x cover lagi.(tp sempat pulak nk berblog ni kan. hehehe.)

klu bdk engine mcm saye ni, mmg gile la klu x cover subjek. bukan byk mane pun, 8 JE.. dengan calculus(killer subject maa), statics, electric, drawing, Bahasa Melayu for Engineering(da kate UIA en,blaja dlm english,kne r ade sbjek BM..hehehe), n yg lain2 tu lepas cuti raye haji. mmg gile la bdk2 engine en. tp bkn nak kate ape la kan, bdk engine la ade life. hahaha.

tp post kali ni bkn nak ckp pasal mid-term sgt, or pasal betapa hebatnye bdk2 engine(korang semue mst da tau punye..)tapi saye nak kongsi tips2 nak menghadapi exam or test. ape2 pun kene berbalik kepada basic, al-Quran & as-sunnah. bukan ape, ilmu itu cahaya, dan cahaya x kan dapat masuk kalau hati kite gelap dgn ma'siat.(mcm ustaz pn ade.) jd seharusnya kite merapatkan diri dgn Rabb dan menjauhkan segala unsur2 ma'siat y b'kampung d dlm hati kite. n perbanyakkan bgn malam, klu pasal tgk movie, sanggop b'jge malam, xkan nk b'ibadah kite x boleh, kne praktiskan. n yg plg penting adalah usaha kite. ade seorng sahabat saye bgtau, "effort is a practical do'a", jd kne usaha b'sungguh2 dan berdo'a, then barulah boleh tawakkal, sbb 2 ni lah syarat2 tawakkal kpd ALLAH.

n kpd kwn2 engine yg t'bace blog ni, kne lupekan prinsip bdk2 engine seketika,(saya x suka tgk kwn2 saya berjaya), n ilmu yg siket kite ade tu kongsi2 lah sbb mane tau kite salah konsep, kwn2 bleh tolong betulkan, hadith rasul saw:
Sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah. Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri. (HR. Ath-Thabrani)

jadi kpd pengunjung2 blog ni, doakan lah kami students of IIUM yg x brape terkenal ni utk m'hadapi mid-term..ok then,, salam perjuangan kpd semue.

Saturday, 17 September 2011

My Family is My Paradise?!

kali ni aku nak conteng2 sketlah ye. berkenaan keluargaku syurgaku. mcm mane pulak keluargaku syurgaku? ye lah, dah kalau dlm keluargalah kite dapat kutip byk pahala dgn mudah. tp jgn lupe, dose pun senang tau. kalau si suami menasihati isterinya, dia akan mendapat pahala, jika si isteri patuh akn arahan suami, dia akan mendapat pahala. jika ibubapa menyayangi dan memberi didikan agama pd anak2, mereka mendapat pahala dan jika anak2 menjaga nama baik ibubapa serta menghormati mereka, mereka akan mendapat pahala.

bile cakap pasal menghormati ibubapa ni, teringat plak ayat Allah SWT d dalam kitabNya yg Agung;
" Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. "
( al-isra' : 23 )

jangan kata meninggikan suara, keluarkan kata2 "ah" pun x boleh cek oi. baik pi mintak maaf kat depa la ni jugak. klu x hampa x masuk syurga tau, kalau depa x redha lah.

seperti mana dlm hadith ni, daripada Abdullah bin Amru, daripada nabi SAW bersabda; "keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa. kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
( riwayat at-tirmizi ) 

dah sampai ke tajuk ni, nak jugak aku perkenalkan keluarga yg bisa menjadi medan mengumpul pahale buat diriku ni. keluargaku terdiri daripda seorang ayah yg aku segani dan hormati. ditemani oleh seorg ummi yg paling aku sayangi d dunia ini. ( ummi xde dah kat dunia ni, just one and the only one.;) ) d kuatkan dgn seorang kakak yg periang ttp tegas, aku pulak lelaki sulong dlm keluarga, d bawahku terdiri daripada 3 org perempuan yg comel serta 2 org jejaka idaman malaya. besarkan family kitorng ni? x sunyi gua cakap lu. siap boleh ajak main futsal. ( kononnye lah. )

ape pun, hidup berkeluarge ni kene tolak ansur n hormat-menghormati. sayang-menyayangi ni of course lah.
kene selalu banyak buat amalan ma'ruf dan perkare2 yg mendekatkan diri dgn deen Allah dan jauhi amalan2 yg Allah larang sbb amalan ni lah yg menentukan bahagia atau x sesebuah keluarga tersebut.

konklusinya, kene buat halaqah keluargelah cek oi. nak mantapkan diri, bukan boleh bace buku je, kene dgr penyampaian dan nasihat jugak. ade sharing moment, barulah membantu. jgn sampai dah terlambat, baru nak buat. kalau xde bahan nak bagi, bole request ye. hehehe. sharing is caring right? you are my friend.

Ya ALLAH. . .
Andai diriku ini banyak berbuat dosa kepadaMu,
Dikau ampunkanlah kerana sesungguhnya tiadalah daya diriku ini menahan seksaMu,
Dikau ampunkanlah dosa kedua ibubapaku,
Andai ada kesalahan yg mereka lakukan dalam sedar ataupun tidak,
Dikau lembutkanlah hati mereka utk memaafkan kami anak2 mereka,
Andai ada perbuatan kami yg menyinggung perasaan dan mengguris hati,
Dikau peliharalah adik-beradikku daripada perbuatan maksiat kepadaMu,
Dikau thabatkanlah hati kami dlm meniti d atas jalan Deen Mu ini,
Dikau matikanlah kami d dalam deen Mu ini,
dan Dikau pertemukanlah kami d dalam jannahMu d akhirat kelak.
Ameen ya Rabb al-'Alamin.


aku amat menyayangi keluargaku ini. wassalam and peace^^
Terkenang saat bahagia bersama~

Friday, 16 September 2011

Sang Raja?!

Peace be upon u all..salam perkenalan d dunia siber ni. org nk menaip kite pn nak menaip gak, selagi x menyesatkan org lain, taip sajalah.

Utk pertame kali ni, inginku coretkan satu perkongsian mengenai sang raja. Sang raja yg amat berkuasa yg bisa menjadikan segala jajahan takluknya mengikut segala arahannya. Siapakah raja ini? atas kuasa apakah yg ia peroleh sehingga bisa mengawal seluruh anggotanya?

Ia adalah hati yang bisa menundukkan akal dan mengawal anggota yg lain. Jikalau org itu baik, digelar dia baik hati. Jika dia seorang yg pendengki, digelar dia busuk hati. Kenape pulak hati yg menjadi mangse? ape pulak kene mengene hati dgn tingkah laku badan?

  dalam kitab karangan Dr. Majdi Al-Hilali yg bertajuk "Menuju Personaliti Rabbani", beliau menyatakan bahawa hati ialah tmpt pengumpulan segala jenis perasaan seperti marah, suka, sedih dan sebagainya. justeru kewujudannya adalah sbg RAJA dan yg lainnya seperti akal, nafsu, dan anggota2 adalah pengikutnya.

   Sabda Nabi SAW
"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam jasad ini ada seketul daging. Seandainya dia baik, maka baiklah jasad seluruhnya, dan seandainya dia rosak maka rosaklah seluruh anggotanya. Ketahuilah, dia adalah HATI."
(muttafaqun 'alaih, dari an-Nu'man bin Basyir r.a.)

Raja jika zalim, maka seluruh rakyatnya akan menderita dan pemerintahan itu dilaknat oleh ALLAH, ttp bolehkah rakyat yg tiada ilmu utk memerintah menggantikan raja tersebut?
ketahuilah semue, hati adalah tunjang anggota, jika kite x memelihara hati, maka sebenarnya kite x memelihare anggota kesuluruhannya kerane ia adalah RAJA. Bisakah kite membiarkan anggota kite d perintah oleh Raja y zalim? bisakah kite membiarkan hati kite rosak dan kebulur tanpa pengisian rohani? apatah lagi membiarkan nafsu yg pada zahirnya hanyalah rakyat biasa yg tiada ilmu utk memerintah, memberi arahan yg bertentangan dgn syara' kpd anggota2 tubuh yg lain.

Allah berfirman:
"Ketahuilah! dengan zikrullah itu tenang tenteramlah hati-hati manusia."
(Ar-Ra'd : 28)

maka di sini, peringatan yg bisa d kongsi bersame ialah, peliharelah hati anda dan berikanlah hak kpdnya supaya ia akan memerintah anggotamu dgn adilnya. Tarbiyah adalah jalan penyelesaiannya.

Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH, jasad lain tumpuan manusia semata, hatilah yg menjadikan kita samaada hamba Rabb ataupn hamba Nafsu.

Wassalam and peace^^