tika Ramadhan itu,
kau ada bersama denganku,
berlumba-lumba mengisi masa dengan sesuatu,
agar tidak lekang dek pantasnya waktu..
tika Ramdhan itu,
setiap nasihat ku dengar satu-persatu,
mengenal erti PERSAHABATAN yang jitu,
hanya kerana Tuhan yang Satu..
tika Ramadhan itu,
kita mengambil peluang bersama,
menuntut ilmu kerana-Nya,
beserta mengejar cita-cita..
tika Ramadhan itu,
ku hanya merenung wajahmu yang ceria,
tanpa mengetahui apa yang bakal tiba,
tanpa mengerti kau dan aku hanya sedetik cuma..
kini Ramadhan bakal menjelma,
kenangan lalu muncul semula,
apakan daya kau sudah tiada,
wahai sahabat ku yang setia..
semoga Ramadhan kali ini,
roh mu akan mendapat rahmat jua..